Anda punya pasangan kekasih atau tidak sekarang ini?
jika ada, sudah sampai masanya anda putuskan hubungan dengannya sekarang.
tidak mahu?
kenapa?
tidak sanggup?
jika putus anda bisa mati? kecewa dan merana?
aduh...dasyat sekali cintanya.
tapi, jika anda mahu selamat dalam pelayaran mencari kebahagiaan hidup. anda tidak punya pilihan lain, putuskan sahaja hubungan dengan kekasih.
haram putus? seolah-olah memutuskan silaturahim?
subhanallah...tidak sama memutuskan hubungan cinta couple dengan memutuskan silaturahim. jangan disamakan antara dua jenis hubungan itu. tahniah jika anda sanggup berhenti berhubungan.
setelah putus anda jangan menyesal lagi. tidak perlu berbolak balik jika anda baru sahaja putus cinta. tidak perlu menangis dan meratap hiba jika kekasih berlaku curang. tidak perlu marah atau berdendam jika kita ditinggal kan orang. akur sahaja, terima dengan dada lapang, tidak ada gunanya kita membentak keras atau melepaskan geram pada makhluk lain.
kenapa ?
kerana apabila terpisahnya kita daripada seorang kekasih itu bukannya penceraian antara suami dan isteri. perpisahan antara kekasih itu adalah penceraian hubungan yang tidak pernah mendapat restu dari Allah. perpisahan antara dua jiwa yang belum diijab kabulkan adalah seperti terputusnya sumber maksiat dan tertutupnya pintu dosa.
justeru kenap harus menangis ? kenapa harus kecewa dan sedih-sedih? adakah anda sebenarnya tidak mengerti bahawa hubungan kekasih itu terdapat banyak dosa-dosa kecil dan membuatkan hati anda lalai. adakah anda sedar dengan terputusnya hubungan itu, secara automatiknya terputuslah jua dosa tersebut.maka adakah wajar untuk anda merasa kecewa?
apabila terputusnya hubungan kekasih , maka harus segera akur dan sedar bahawa sesungguhnya Allah telah sengaja mengheret keluar daripada satu putaran dosa yang anda tidak boleh keluar dengan kekuatn sendiri. lantaran Allah menyayangi anda lalu diberikan masalah dalam percintaan dan diputusnya hubungan itu agar cepat2 disedari bahawa percintaan bukanlah perkara umum dalm kehidupan.
maka akur sahaja. kemudian bersyukur. bersyukur keran Allah tidak terus membiarkan anda hanyu dalam kemabukan cinta yang palsu. bersyukur kerana anda mampu memeutuskan hubungan percintaan yang tidak direstui oleh Allah.tutup lah pintu percintaan yang tidak akan memberi apa2 pulangan di akhirat. setelah anda akur dan bersyukur.
bety anda di tag.. sila rujuk blog sya
ReplyDelete